Khamis, 27 Ogos 2015

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL 1 HINGGA 31 OGOS 2015


Bermula : 24 Ogos 2015 ( Isnin )
Tutup     : 28 Ogos 2015 ( Jumaat )     Masa  :  5.00 Petang

Laporan perlu dikemukakan secara online dan boleh dikunci masuk mulai
24.8.2015 (Isnin) melalui URL https://ebil.moe.gov.my

PTJ yang menghadapi masalah talian intenet boleh menggunakan laporan BV343 secara faks ke  03-88706826 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbiran Sistem ditalian 03-88706208 /6203/6175/6210.

Sekian, dimaklumkan.

Rabu, 26 Ogos 2015

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.6 (4) bth. 24 Ogos 2015 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucar bayaran dan penyata pemungut akan dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Ogos 2015 bermula jam 12.00 tengahari sehingga pada hari Selasa 1 September 2015 jam 8.00 pagi. Penutupan adalah bersempena cuti Hari Merdeka. 

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

KEMPEN TABUNG PAHLAWAN (KTP) PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Merujuk kepada surat PPD Kuala Kangsar, PPD.KK.08/14/1 Jld.2 (13) bth. 24.8.2015 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pel.Pk(AM) 5114/16 Jld.19 (39) bth. 20.8.2015 berhubung dengan perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai memperingati jasa pahlawan-pahlawan. kerajaan dan Persatuan Veteran ATM telah melancarkan Kempen Tabung Pahlawan sebagai satu usaha untuk mengumpul sumbangan dari semua pihak bagi mengisi Tabung Kebajikan Persatuan Veteran yang memerlukan. 

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk sama-sama menjayakan kempen ini. Sumbangan boleh dibuat melalui cek atau wang pos di atas nama " PVATM (TABUNG PAHLAWAN)" dan dihantar ke alamat seperti berikut :

Urusetia Kempen Tabung Pahlawan
d/a Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak
No. 49A, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya
30100 Ipoh

Sebarang pertanyaan berkaitan Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan ini boleh menghubungi terus Urusetia di talian 05-5283763 / Fax 05-5283783. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih

Khamis, 13 Ogos 2015

Image result for ucapan tahniah kejayaan
Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar mengucapkan TAHNIAH kepada Ketua Pembantu Tadbir yang menerima Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar di Majlis Anugerah Gemilang 2014 yang akan di adakan pada 14 Ogos 2015 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Penerima anugerah Jurulatih Utama Daerah Sistem eSPKWS :
  1. ENCIK ABD RAHMAN BIN K WAHAB  - SJKT MAHATMA GANDHI KALASALAI, SUNGAI SIPUT (U)
  2. ENCIK RAZEMI BIN MAT  -  SJKC SIMPANG JALONG, SUNGAI SIPUT (U)
Penerima anugerah Kakitangan Sumber Buku Perkhidmatan Kerajaan :
  1. PN. NORWANI BINTI SUDIN  -  SMK TEMENGGONG KATI, KUALA KANGSAR

Image result for ucapan tahniah kejayaan

Selasa, 11 Ogos 2015

RALAT PANDUAN PENETAPAN PEGAWAI PENILAI (LAMPIRAN C) BAGI JAWATAN PEMBANTU MAKMAL

Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Naik Pangkat pada 07 Ogos 2015 telah memaklumkan mengenai panduan penetapan pegawai penilai bagi jawatan Pembantu Makmal yang tidak dinyatakan dalam Lampiran C tempoh hari. Penetapan tersebut adalah seperti butiran di bawah :

SEKOLAH  :  MENENGAH
PEGAWAI YANG DINILAI  :  Pembantu Makmal
PEGAWAI PENILAI PERTAMA  :  Guru Kanan Sains
PEGAWAI PENILAI KEDUA  :  PK Pentadbiran

Sila muat turun surat di bawah untuk maklumat lanjut :

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL BAGI BULAN OGOS 2015

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 15hb) 
Bermula : 12 Ogos 2015 ( Rabu )
Tutup : 14 Julai 2015 ( Jumaat )
Masa  : 11.00 Pagi

Laporan perlu dikemukakan secara online dan boleh dikunci masuk mulai
12.8.2015 (Rabu) melalui URL https://ebil.moe.gov.my

PTJ yang menghadapi masalah talian intenet boleh menggunakan laporan BV343 secara faks ke  03-88706826 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbiran Sistem ditalian 03-88706208 /6203/6175/6210.

Sekian, dimaklumkan.

Ahad, 9 Ogos 2015

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH & HASIL BULAN JULAI 2015

Unit Akaun, Jabatan Akauntan Negara melalui suratnya, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.6 (01) bertarikh 4 Ogos 2015 memaklumkan bahawa Laporan Perbelajaan Vot, Amanah dan Hasil Bulan Julai 2015 telah dipaparkan di eLaporan pada 4 Ogos 2015.

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Julai 2015 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 18 OGOS 2015.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 3 Ogos 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015 ANJURAN KEPTAN KUALA KANGSAR

KEPTAN Kuala Kangsar akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi semua Ketua Pembantu Tadbir (KPT)  dan Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar seperti ketetapan berikut : 


TARIKH  : 08 Ogos 2015 ( Hari Sabtu )

MASA   : 02.30 Hingga 5.30 Petang

TEMPAT :  MH Hotel, Sungai Siput (U)






Bagi melancarkan persiapan majlis ini sumbangan tuan/puan sebanyak RM10.00 seorang amatlah dialu-alukan. Bagi memudahkan urusan sumbangan tuan/puan boleh berhubung terus dengan Encik Abd Rahman bin K.Wahab, Pengerusi KEPTAN Kuala Kangsar (No. HP:013-4437987) atau BANK IN ke Akaun MAYBANK (No. 158202005358).

Slip bank hendaklah ditunjukkan di dalam Group WhatsApp sebagai bukti sumbangan. Sehubungan itu saya pihak AJK KEPTAN Kuala Kangsar, sekali lagi mempersila dan menjemput tuan/puan hadir ke majlis yang diadakan nanti.

Sekian, dimaklumkan.

SU KEPTAN Kuala Kangsar

Ahad, 2 Ogos 2015

USUL DALAM MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PPD KUALA KANGSAR BIL. 1 TAHUN 2015

Pada 30 Julai 2015 (Hari Jumaat) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan Mesyuarat Majlis Permuafakatan PPD Kuala Kangsar Bil.1 Tahun 2015. Selain daripada Pegawai-Pegawai dari PPD Kuala Kangsar, antara Kesatuan / Persatuan Daerah Kuala Kangsar yang hadir :-

  1. YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) 
  2. YDP Majlis Guru Besar (MGB) 
  3. Pengerusi Kelompok Guru Besar SJKC
  4. Pengerusi Kelompok Guru Besar SJKT
  5. Pengerusi Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir (KPT)
  6. Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKMM)
  7. Pengerusi Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN)
  8. Pengerusi Persatuan Penyelia Asrama Pendidikan
  9. Pengerusi Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia
  10. Pengerusi Badan Kesatuan Pembantu Am Pejabat
  11. Pengerusi Guru Cemerlang Daerah Kuala Kangsar
  12. Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
  13. Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Matlamat mesyuarat ini sepertimana yang diucapkan oleh Pengerusi (Timbalan PPD Kuala Kangsar) antaranya bertujuan mengenalpasti masalah yang timbul dikalangan Kesatuan/Persatuan dan menyelaraskan isu-isu serta masalah yang di bawa bagi kebaikan bersama dalam merealisasikan PERAK EXCELLENT.

Untuk makluman semua KPT Daerah, 2 ISU yang telah dibawa kedalam mesyuarat berkenaan adalah :-
  • Buku Penghuraian Tugas Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir (P/O) yang dikeluarkan oleh SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 Oktober 2013 yang belum dikuatkuasakan.
  • Garis Panduan Berkaitan Bidang Tugas dan Peranan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Dalan Tugas Kewangan dan Akaun Sekolah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak. (Rujukan: surat JPN Pk. - J.Pend.Pk.(Kew) 3536/Jld.IX (   ) bertarikh 8 Julai 2015. 
  • JOB ROTATION KPT perlu dilakukan demi membantu meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah serta meluas dan memantapkan ilmu pengetahuan dikalangan Ketua Pembantu Tadbir.
Sekian, terima kasih.

Rabu, 22 Julai 2015

PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH

Jabatan Pelajaran Perak (Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) melalui surat J.Pend.Pk.(Kew)3536/Jld:IX(   ) bth. 08 Julai 2015 memaklumkan mengenai Penambahbaikan Dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah.

Garis Panduan ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan Akaun Sekolah (JKPAS) Bil.1 Tahun 2015. Bersama-sama ini disertakan dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan selanjutnya :

  1. Senarai Semak Baucar Bayaran
  2. Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah
  3. Garis Panduan Berkaitan Bidang Tugas dan Peranan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Dalam Tugas Kewangan dan Akaun di Sekolah.  
Sila muat turun dokumen berkenaan di bawah:

Jumaat, 10 Julai 2015

KENAIKAN KADAR ELAUN PENGETUA/ELAUN GURU BESAR

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pel.Pk.(AM)5023/1/(15) bth. 3.7.2015 memaklumkan mengenai kenaikan Elaun Pengetua dari RM150.00 kepada RM300.00 sebulan dan Elaun Guru Besar dinaikkan dari RM100.00 kepada RM200.00 sebulan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2015.

Sehubungan itu semua sekolah dikehendaki menyediakan kew.8 tersebut dalam 3 salinan dan menghantarnya kepada pihak Berkuasa melulus. Bagi Sekolah Menengah Harian, ianya hendaklah dikemukakan ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada atau sebelum 13 Julai 2015.

Sila muat turun surat beserta contoh di bawah :

Khamis, 9 Julai 2015

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL 1 - 15 JULAI 2015

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil 1 - 15 Julai 2015 
Bermula : 08 Julai 2015 ( Rabu )
Tutup : 13 Julai 2015 ( Isnin )
Masa  : 05.00 Petang

Laporan perlu dikemukakan secara online dan boleh dikunci masuk mulai
8.7.2015 (Rabu) melalui URL https://ebil.moe.gov.my

PTJ yang menghadapi masalah talian intenet boleh menggunakan laporan BV343 secara faks ke  03-88706826 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbiran Sistem ditalian 03-88706208 /6203/6175/6210.

Sekian, dimaklumkan.



MAKLUMAN URL BARU SISTEM ELAPORAN BIL KPM

Pentadbiran Sistem di Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Perundingan, Bahagian Akaun telah memaklumkan bahawa capaian ke Portal Sistem e-LaporanBil KPM adalah melalui URL berikut :-

https://ebil.moe.gov.my

Dengan itu tuan/puan dikehendaki mengemaskini URL lama kepada URL baru   di atas bagi membolehkan Sistem e-LaporanBil KPM dilayari. 

Sila ikuti langkah di bawah untuk memudahkan akses tuan/puan ke Sistem     e-LaporanBil :-

Taip alamat URL : https://ebil.moe.gov.my

atau wujudkan ikon e-LaporanBil untuk memudahkan pengguna :

i)   klik butang kanan mouse pada desktop
ii)  pilih New
iii) pilh Shortcut
iv) Taip http://ebil.moe.gov.my <click>next
v ) Taip e-LaporanBil KPM, <click> Finish  
vi) Icon LaporanBil sedia digunakan

Sekian, terima kasih.

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5 (47) bth. 06 Julai 2015 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucar bayaran akan dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 Julai 2015 bermula jam 1.00 petang sehingga pada hari Isnin 20 Julai 2015 jam 8.00 pagi.
Penutupan adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 5 Julai 2015

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN JUN 2015

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5 (46) bth. 02 Julai 2015 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil Bulan Jun 2015 telah dipaparkan di eLaporan pada 02 Julai 2015.

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuai Bulan Jun 2015 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 15 JULAI 2015.

Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a)

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB (ANM/EG/504 Jld.12(55) bth. 26.06.2015 memaklumkan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha KPM, dalam Perbincangan Mengenai Status Semasa Baki Bajet 2015 telah memutuskan bahawa tarikh akhir penerimaan permohonan pembayaran di bawah AP58(a) iaitu pada 31 Mac 2015 (sepertimana diputuskan dalam Mesyuarat JPKA, KPM sebelum ini) adalah DIBATALKAN. Sehubungan itu, semua PTJ dibenarkan mengemukakan permohonan AP58(a) (jika ada) seperti sediakala.

Oleh yang demikian, sekiranya PTJ Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan masih mempunyai tuntutan Tahun 2014 yang belum di bayar. Sila hantar permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diakui sah ke alamat berikut :

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOCK E12, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP.: PUAN SUHANA BINTI MAT NAWI)

Kerjasama dan tindakan SEGERA daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan amat diharapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :

1. Encik Munasir bin Ab Rahim : 03-8884 7414
2. Cik Nor Adlina binti Abd Latif : 03-8884 7331
3. Puan Wan Yusmanisah binti Wan Yusuf : 03-8884 7366
4. Cik Nur Nadiyah binti Azham : 03-8884 7367
5. Encik Afnan Zhafri bin Ismail : 03-8884 7367
6. Puan Salwah binti Aris : 03-8884 7490

Sekian, terima kasih.

Isnin, 23 Februari 2015

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) 2015

Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui surat edarannya ANM(T)81/20/8/15
Jld.(  ) bertarikh 9 Januari 2015 adalah mengenai perkara di atas.



untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :

1. Surat siaran Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK);


2. Permohonan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK);





PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI-AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak melalui edaran surat, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5(13) bertarikh 11.2.2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25.2.2014 yang lalu, adalah dimaklumkan bahawa PERUBAHAN BANK GAJI YANG MELIBATKAN CIMB HENDAKLAH MENGGUNAKAN AKAUN BANK 10 DIGIT.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan mulai perubahan bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit.

Sila kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut.

Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses.

Sekian,terima kasih.






Jumaat, 13 Februari 2015

PERAKUAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KE GRED N26 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui surat edarannya, KP(PP)0063/27/6 Jld.20 (92) bertarikh 4 Februari 2015 memaklumkan mengenai pemangkuan pembantu tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 bagi Tahun 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Mac 2015 ke alamat di bawah: 

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Naik Pangkat
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Naik Pangkat Bukan Guru)


Sila muat turun dokumen pemangkuan di bawah;

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 1 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM pada 5 Februari 2015 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 mengenai pelaksanaan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima bayaran insentif profisiensi Bahasa Inggeris (IPROBI).

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat dibawah :- 

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001216.pdf

KADAR KELAYAKAN BAHARU PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Berita Semasa dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia mengenai kadar kelayakan baharu pinjaman perumahan perbendaharaan malaysia dan pemansuhan wang proses yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/kelayakan_wangproses_2015.pdf







SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia,PR.1.1/2013

Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Muat Turun pekeliling di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/PR1.1-2013-update2015.pdf