Ahad, 29 Jun 2014

LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL 1 HINGGA 30 JUN 2014

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 30 Jun 2014) :

Bermula : 26.6.2014 (Hari Khamis) / Tutup : 30.6.2014 (Hari Isnin) 11.00 Pagi

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 
Sekian, harap maklum. 

Rabu, 18 Jun 2014

PENANGGUHAN PELANTIKAN JAWATANKUASA BARU BADAN PENYELARAS KPT KUALA KANGSAR SESI 2014

Dimaklumkan pelantikan jawatankuasa baru bagi Badan Penyelaras KPT Kuala Kangsar bagi sesi 2014-2015 akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Senarai nama KPT daerah bersama borang pencalonan akan dihantar melalui email rasmi sekolah. 

Walaubagaimanapun pelantikan ini akan dilaksanakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Tahunan Badan Penyelaras KPT Negeri Perak, insyaalah akan diadakan pada 21 Jun 2014 iaitu semasa majlis perjumpaan nanti.

Justeru itu minta kerjasama semua KPT hadir pada majlis nanti untuk sama-sama membuat keputusan samada perlu atau tidak Badan Penyelaras ini kita teruskan. Saranan dan idea-idea tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.    

Selasa, 10 Jun 2014

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PEMBANTU TADBIR NEGERI PERAK TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak akan mengadakan majlis perjumpaan khas rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak yang akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :

Tarikh   : 21 Jun 2014 (SABTU)

Jam      : 3.00 petang

Tempat : Tower Regency Hotel
             6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
             30450 Ipoh

Pakaian : Baju Batik

Bayaran : RM40.00 setiap seorang (makan dan cenderahati)

Bayaran boleh dibuat kepada Ahli Jawatan Kuasa di Jabatan Pendidikan Perak atau melalui wakil daerah masing-masing seperti di bawah:

  1. Batang Padang  Nor Azmee bin Abd Rahman SMK Khir Johari, Tg Malim
  2. Manjung           Noraini bt. Abd. Karim         SMK Nan Hwa, Sitiawan
  3. Kinta (U)          Zulkefli bin Zakaria             SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh
  4. Kinta (U)          Yunus bin Mainan               SMK Raja Permaisuri Bainun,                                                                      Ipoh
  5. Kinta (S)          Ellya bt. Kamaruddin           PPD Daerah Kinta (S)
  6. Kerian              Hjh Halimah bt. Md Isa        PPD Daerah Kerian  
  7. Kuala Kangsar   Mohamad Azli bin Abd Hamid SMK Sultan Tajul Ariffin,                                                                           Manong
  8. Hilir Perak         Sha'wana bt. Mokhtar         SMJK San Min, Teluk Intan
  9. LMS                 Mohd Nazri bin Harun          SMK King Edward VII,                                                                              Taiping 
  10. Hulu Perak        Dahalan bin Dan                 SK RPS Kemar
  11. Perak Tengah    Zulkifley bin Nadzri              PPD Daerah Perak Tengah
Sila kemukakan surat pengesahan kehadiran tuan/puan dengan kadar segera pada atau sebelum 16 JUN 2014 melalui nombor fax di bawah:

 Puan Hasnah bt. Abdul Rahman   No. Fax: 5284481/ Tel. 5015228
 Hjh Marlina bt. Hj. Osman          No. Fax: 5260693/ Tel. 5015130

Kehadiran semua rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak amatlah diharapkan agar majlis yang diadakan itu akan lebih bermakna khasnya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang akan bersara.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 5 Jun 2014

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN MEI 2014

Jabatan Akauntan Negara melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 Jld.3(44) bth. 5.6.2014 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bagi Bulan Mei telah dipaparkan di eLaporan pada 05 Jun 2014.

Sehubungan itu, sekolah PTJ yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Mei 2014, bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 18 Jun 2014.

Sekian dimaklumkan.

TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2014 MELALUI SISTEM e-BANTUAN

Sebagaimana sedia maklum, Bab C Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2012 berkaitan Prosedur Tuntutan Pelarasan menyatakan bahawa semua sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan dikehendaki menyerahkan maklumat pelarasan peruntukan Bantuan Persekolahan dengan melengkapkan Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/rendah (Borang TBP/R) atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan / Menengah (Borang TBP/M) kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing pada 1 Jun hingga 30 Jun tahun semasa.

Tuntutan Pelarasan peruntukan Bantuan Persekolahan hendaklah berdasarkan enrolmen murid pada 1 JUN tahun semasa (bagi murid Tingkatan 6, pelarasan adalah berdasarkan enrolmen murid pada 1 JULAI tahun semasa)

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat JPN di bawah untuk maklumat lanjut;



NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB)

Adalah dimaklumkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 138 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.2 Tahun 2003, satu Program Naziran akan dilaksanakan ke atas semua PTJ eSPKB yang telah melaksanakan eSPKB. Program yang diadakan setiap tahun adalah bertujuan untuk memberi khidmat nasihat serta memastikan pematuhan Panduan Pengguna PTJ eSPKB dan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Sehubungan dengan itu Pasukan Naziran akan menjalankan Naziran eSPKB di Daerah Kuala Kangsar mulai 2 Jun 2014. Kerjasama tuan/puan di dalam menjayakan naziran ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

" INOVASI & INTEGRITI MEREALISASI PERAKAUNAN AKRUAN "

Isnin, 2 Jun 2014

TATACARA BERPAKAIAN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI KEMANGKATAN ALMARHUM DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Sebagai tanda menghormati kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah, semua penjawat awam dimohon untuk memakai Pakaian Gelap dan Bertudung Hitam bagi perempuan manakala Bersongkok Hitam dengan Lilitan Putih selebar 1 inci bagi Lelaki selama 100 hari.

Sekian, dimaklumkan. 

JADUAL ARAHAN KERJA PEGAWAI PENGAWAL KPM BAGI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BERKUATKUASA 17 MAC 2014

Jabatan Pendidikan Perak melalui surat edaran J.Pel.Pk.(Kew)3195/Jld.3(44) bth. 20 Mei 2014  dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KP.1067/I/A/I-1/Jld.11.(18) dan (19) bth. 29 April 2014 memaklumkan mengenai Perwakilan Kuasa Pengawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Pengurusan Kewangan dan Perakaunan di Sekolah Bukan PTJ dan Sekolah Bertaraf PTJ kepada pegawai/staf yang terlibat menguruskan kewangan sekolah.

Sekian, terima kasih.

Untuk makluman lanjut, sila muat turun surat di bawah :
a) Surat JPN Perak:

b) Surat Arahan Kerja Sekolah PTJ

c) Surat Arahan Kerja Sekolah Bukan PTJ