Rabu, 26 Ogos 2015

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.6 (4) bth. 24 Ogos 2015 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucar bayaran dan penyata pemungut akan dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 28 Ogos 2015 bermula jam 12.00 tengahari sehingga pada hari Selasa 1 September 2015 jam 8.00 pagi. Penutupan adalah bersempena cuti Hari Merdeka. 

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan