Isnin, 23 Februari 2015

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) 2015

Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui surat edarannya ANM(T)81/20/8/15
Jld.(  ) bertarikh 9 Januari 2015 adalah mengenai perkara di atas.



untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :

1. Surat siaran Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK);


2. Permohonan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK);





PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI-AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak melalui edaran surat, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5(13) bertarikh 11.2.2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25.2.2014 yang lalu, adalah dimaklumkan bahawa PERUBAHAN BANK GAJI YANG MELIBATKAN CIMB HENDAKLAH MENGGUNAKAN AKAUN BANK 10 DIGIT.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan mulai perubahan bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit.

Sila kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut.

Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses.

Sekian,terima kasih.






Jumaat, 13 Februari 2015

PERAKUAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KE GRED N26 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui surat edarannya, KP(PP)0063/27/6 Jld.20 (92) bertarikh 4 Februari 2015 memaklumkan mengenai pemangkuan pembantu tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 bagi Tahun 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Mac 2015 ke alamat di bawah: 

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Naik Pangkat
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Naik Pangkat Bukan Guru)


Sila muat turun dokumen pemangkuan di bawah;

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 1 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM pada 5 Februari 2015 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 mengenai pelaksanaan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima bayaran insentif profisiensi Bahasa Inggeris (IPROBI).

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat dibawah :- 

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001216.pdf

KADAR KELAYAKAN BAHARU PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Berita Semasa dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia mengenai kadar kelayakan baharu pinjaman perumahan perbendaharaan malaysia dan pemansuhan wang proses yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/kelayakan_wangproses_2015.pdf







SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia,PR.1.1/2013

Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Muat Turun pekeliling di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/PR1.1-2013-update2015.pdf