Ahad, 5 Julai 2015

PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a)

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB (ANM/EG/504 Jld.12(55) bth. 26.06.2015 memaklumkan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha KPM, dalam Perbincangan Mengenai Status Semasa Baki Bajet 2015 telah memutuskan bahawa tarikh akhir penerimaan permohonan pembayaran di bawah AP58(a) iaitu pada 31 Mac 2015 (sepertimana diputuskan dalam Mesyuarat JPKA, KPM sebelum ini) adalah DIBATALKAN. Sehubungan itu, semua PTJ dibenarkan mengemukakan permohonan AP58(a) (jika ada) seperti sediakala.

Oleh yang demikian, sekiranya PTJ Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan masih mempunyai tuntutan Tahun 2014 yang belum di bayar. Sila hantar permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diakui sah ke alamat berikut :

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOCK E12, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP.: PUAN SUHANA BINTI MAT NAWI)

Kerjasama dan tindakan SEGERA daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan amat diharapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :

1. Encik Munasir bin Ab Rahim : 03-8884 7414
2. Cik Nor Adlina binti Abd Latif : 03-8884 7331
3. Puan Wan Yusmanisah binti Wan Yusuf : 03-8884 7366
4. Cik Nur Nadiyah binti Azham : 03-8884 7367
5. Encik Afnan Zhafri bin Ismail : 03-8884 7367
6. Puan Salwah binti Aris : 03-8884 7490

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan