Khamis, 31 Julai 2014

GANJARAN AMALAN DIGANDAKAN PADA HARI JUMAAT

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. 


Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 


Membaca surah al-Kahfi. 

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."


Sumber:  http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php

RINGAN DI LISAN, BERAT DI TIMBANGAN

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi)

Abu Hurayra reported that the Prophet said: “There are two phrases that are light on the tongue but heavy on the scale of rewards and are dear to the Gracious One. These are: سبحان الله وبحمده, “Glorified is Allah with all praise to Him,” and سبحان الله العظيم , “Glorified is Allah, the Great.”

CONTOH PENYEDIAAN KEW.8 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar melalui suratnya PPD.KK.02/18/01 Jld.2 (75) bertarikh 18 Julai 2014 telah mengedarkan contoh penyediaan kew.8 anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tindakan sekolah selanjutnya. Sila muat turun conton berkenaan di bawah.

Sekian, dimaklumkan.


Contoh Kew.8 APC 2013 :-
http://ppdkualakangsar.edu.my/attachments/article/62/Contoh%20kew%208%20APC%202013.pdf


Rabu, 23 Julai 2014

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL (1 - 31 JULAI 2014)

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 31 Julai 2014) :

Bermula : 23.7.2014 (Hari Rabu) / Tutup : 31.7.2014 (Hari Khamis) 11.00 Pagi

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

Dimaklumkan penambahbaikan Sistem eLaporan Bil telah dibuat mulai Mei 2014 melibatkan Ruangan Sebab Kelewatan pada Menu Lapor oleh Penyedia dan Ruangan Pengesahan.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 

Sekian, harap maklum. 

Sumber:  http://apps2.moe.gov.my/ebil/

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucer bayaran serta penyata pemungut akan dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Julai 2014 bermula jam 12.00 tengahari sehingga pada hari Rabu 30 Julai 2014 jam 8.00 pagi.

Penutupan ini adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dari tarikh tersebut.

Sekian, harap maklum