Isnin, 29 September 2014

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucer bayaran akan dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 3 Oktober 2014 bermula jam 12.15 tengahari sehingga pada hari Selasa 7 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

Penutupan ini adalah bersempena cuti Hari Raya Haji. Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dari tarikh tersebut.

Sekian, harap maklum

Ahad, 28 September 2014

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PEMBANTU TADBIR NEGERI PERAK TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak akan mengadakan majlis perjumpaan khas untuk meraikan rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir yang akan bersara Tahun 2014 seperti ketentuan berikut :

Tarikh   : 8 hingga 9 November 2014 (SABTU & AHAD)

Jam      : 8.30 malam

Tempat : Hotel Seri Iskandar
              32610 Seri Iskandar

Pakaian : Baju Batik

Bayaran : RM120.00 bersih seorang semalam

Sehubungan dengan itu, Badan Penyelaras KPT Negeri Perak menjemput tuan/puan hadir ke majlis tersebut. Kehadiran semua rakan-rakan amatlah diharapkan agar majlis yang diadakan itu lebih bermakna khasnya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang akan bersara.

Bayaran penginapan boleh dibuat melalui wakil daerah masing-masing atau kepada Ahli Jawatan Kuasa di Jabatan Pendidikan Perak seperti di bawah:

  1. Batang Padang  Zaharah bt. Harun              SK Bidor 2, Bidor
  2. Manjung           Noraini bt. Abd. Karim         SMK Nan Hwa, Sitiawan
  3. Kinta (U)          Zulkefli bin Zakaria             SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh
  4. Kinta (U)          Yunus bin Mainan               SMK Raja Permaisuri Bainun,                                                                           Ipoh
  5. Kinta (S)          Ellya bt. Kamaruddin           PPD Daerah Kinta (S)
  6. Kerian              Hjh Halimah bt. Md Isa        PPD Daerah Kerian  
  7. Kuala Kangsar   Mohamad Azli bin Abd Hamid SMK Sultan Tajul Ariffin,                                                                               Manong
  8. Hilir Perak         Sha'wana bt. Mokhtar         SMJK San Min, Teluk Intan
  9. LMS                 Mohd Nazri bin Harun          SMK King Edward VII,                                                                                     Taiping 
  10. Hulu Perak        Suzana bt. Shariman           SMK GERIK
  11. Perak Tengah    Zulkifly bin Nadzri              PPD Daerah Perak Tengah
Sila kemukakan surat pengesahan kehadiran tuan/puan ke jabatan ini pada atau sebelum 01 OKTOBER 2014 melalui nombor fax di bawah:

 Puan Hasnah bt. Abdul Rahman   No. Fax: 5284481/ Tel. 5015228
 Hjh Marlina bt. Hj. Osman          No. Fax: 5260693/ Tel. 5015130

Kehadiran semua rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak amatlah diharapkan agar majlis yang diadakan itu akan lebih bermakna khasnya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang akan bersara.

Sekian, terima kasih.

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL BULAN SEPTEMBER 2014

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1-30 September2014) :

Bermula : 26.9.2014 (Hari Jumaat) / Tutup : 30.9.2014 (Hari Selasa) 11.00 Pagi

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

Dimaklumkan pindaan Sistem eLaporan Bil telah dibuat mulai 24 September 2014 melibatkan ruangan Sebab Kelewatan di mana PTJ dikehendaki memasukkan sebab kelewatan bayaran jika mempunyai bil dan tuntutan diproses lebih dari 14 hari.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 

Sekian, harap maklum. 

Sumber:  http://apps2.moe.gov.my/ebil/

Khamis, 31 Julai 2014

GANJARAN AMALAN DIGANDAKAN PADA HARI JUMAAT

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. 


Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 


Membaca surah al-Kahfi. 

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."


Sumber:  http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php

RINGAN DI LISAN, BERAT DI TIMBANGAN

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi)

Abu Hurayra reported that the Prophet said: “There are two phrases that are light on the tongue but heavy on the scale of rewards and are dear to the Gracious One. These are: سبحان الله وبحمده, “Glorified is Allah with all praise to Him,” and سبحان الله العظيم , “Glorified is Allah, the Great.”

CONTOH PENYEDIAAN KEW.8 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar melalui suratnya PPD.KK.02/18/01 Jld.2 (75) bertarikh 18 Julai 2014 telah mengedarkan contoh penyediaan kew.8 anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tindakan sekolah selanjutnya. Sila muat turun conton berkenaan di bawah.

Sekian, dimaklumkan.


Contoh Kew.8 APC 2013 :-
http://ppdkualakangsar.edu.my/attachments/article/62/Contoh%20kew%208%20APC%202013.pdf


Rabu, 23 Julai 2014

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL (1 - 31 JULAI 2014)

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 31 Julai 2014) :

Bermula : 23.7.2014 (Hari Rabu) / Tutup : 31.7.2014 (Hari Khamis) 11.00 Pagi

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

Dimaklumkan penambahbaikan Sistem eLaporan Bil telah dibuat mulai Mei 2014 melibatkan Ruangan Sebab Kelewatan pada Menu Lapor oleh Penyedia dan Ruangan Pengesahan.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 

Sekian, harap maklum. 

Sumber:  http://apps2.moe.gov.my/ebil/

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucer bayaran serta penyata pemungut akan dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 25 Julai 2014 bermula jam 12.00 tengahari sehingga pada hari Rabu 30 Julai 2014 jam 8.00 pagi.

Penutupan ini adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dari tarikh tersebut.

Sekian, harap maklum

Ahad, 29 Jun 2014

LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL 1 HINGGA 30 JUN 2014

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 30 Jun 2014) :

Bermula : 26.6.2014 (Hari Khamis) / Tutup : 30.6.2014 (Hari Isnin) 11.00 Pagi

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 
Sekian, harap maklum. 

Rabu, 18 Jun 2014

PENANGGUHAN PELANTIKAN JAWATANKUASA BARU BADAN PENYELARAS KPT KUALA KANGSAR SESI 2014

Dimaklumkan pelantikan jawatankuasa baru bagi Badan Penyelaras KPT Kuala Kangsar bagi sesi 2014-2015 akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Senarai nama KPT daerah bersama borang pencalonan akan dihantar melalui email rasmi sekolah. 

Walaubagaimanapun pelantikan ini akan dilaksanakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Tahunan Badan Penyelaras KPT Negeri Perak, insyaalah akan diadakan pada 21 Jun 2014 iaitu semasa majlis perjumpaan nanti.

Justeru itu minta kerjasama semua KPT hadir pada majlis nanti untuk sama-sama membuat keputusan samada perlu atau tidak Badan Penyelaras ini kita teruskan. Saranan dan idea-idea tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.    

Selasa, 10 Jun 2014

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PEMBANTU TADBIR NEGERI PERAK TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak akan mengadakan majlis perjumpaan khas rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak yang akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :

Tarikh   : 21 Jun 2014 (SABTU)

Jam      : 3.00 petang

Tempat : Tower Regency Hotel
             6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
             30450 Ipoh

Pakaian : Baju Batik

Bayaran : RM40.00 setiap seorang (makan dan cenderahati)

Bayaran boleh dibuat kepada Ahli Jawatan Kuasa di Jabatan Pendidikan Perak atau melalui wakil daerah masing-masing seperti di bawah:

  1. Batang Padang  Nor Azmee bin Abd Rahman SMK Khir Johari, Tg Malim
  2. Manjung           Noraini bt. Abd. Karim         SMK Nan Hwa, Sitiawan
  3. Kinta (U)          Zulkefli bin Zakaria             SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh
  4. Kinta (U)          Yunus bin Mainan               SMK Raja Permaisuri Bainun,                                                                      Ipoh
  5. Kinta (S)          Ellya bt. Kamaruddin           PPD Daerah Kinta (S)
  6. Kerian              Hjh Halimah bt. Md Isa        PPD Daerah Kerian  
  7. Kuala Kangsar   Mohamad Azli bin Abd Hamid SMK Sultan Tajul Ariffin,                                                                           Manong
  8. Hilir Perak         Sha'wana bt. Mokhtar         SMJK San Min, Teluk Intan
  9. LMS                 Mohd Nazri bin Harun          SMK King Edward VII,                                                                              Taiping 
  10. Hulu Perak        Dahalan bin Dan                 SK RPS Kemar
  11. Perak Tengah    Zulkifley bin Nadzri              PPD Daerah Perak Tengah
Sila kemukakan surat pengesahan kehadiran tuan/puan dengan kadar segera pada atau sebelum 16 JUN 2014 melalui nombor fax di bawah:

 Puan Hasnah bt. Abdul Rahman   No. Fax: 5284481/ Tel. 5015228
 Hjh Marlina bt. Hj. Osman          No. Fax: 5260693/ Tel. 5015130

Kehadiran semua rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Negeri Perak amatlah diharapkan agar majlis yang diadakan itu akan lebih bermakna khasnya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang akan bersara.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 5 Jun 2014

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN MEI 2014

Jabatan Akauntan Negara melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 Jld.3(44) bth. 5.6.2014 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bagi Bulan Mei telah dipaparkan di eLaporan pada 05 Jun 2014.

Sehubungan itu, sekolah PTJ yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Mei 2014, bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 18 Jun 2014.

Sekian dimaklumkan.

TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2014 MELALUI SISTEM e-BANTUAN

Sebagaimana sedia maklum, Bab C Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2012 berkaitan Prosedur Tuntutan Pelarasan menyatakan bahawa semua sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan dikehendaki menyerahkan maklumat pelarasan peruntukan Bantuan Persekolahan dengan melengkapkan Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/rendah (Borang TBP/R) atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan / Menengah (Borang TBP/M) kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing pada 1 Jun hingga 30 Jun tahun semasa.

Tuntutan Pelarasan peruntukan Bantuan Persekolahan hendaklah berdasarkan enrolmen murid pada 1 JUN tahun semasa (bagi murid Tingkatan 6, pelarasan adalah berdasarkan enrolmen murid pada 1 JULAI tahun semasa)

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat JPN di bawah untuk maklumat lanjut;



NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB)

Adalah dimaklumkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 138 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.2 Tahun 2003, satu Program Naziran akan dilaksanakan ke atas semua PTJ eSPKB yang telah melaksanakan eSPKB. Program yang diadakan setiap tahun adalah bertujuan untuk memberi khidmat nasihat serta memastikan pematuhan Panduan Pengguna PTJ eSPKB dan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Sehubungan dengan itu Pasukan Naziran akan menjalankan Naziran eSPKB di Daerah Kuala Kangsar mulai 2 Jun 2014. Kerjasama tuan/puan di dalam menjayakan naziran ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

" INOVASI & INTEGRITI MEREALISASI PERAKAUNAN AKRUAN "

Isnin, 2 Jun 2014

TATACARA BERPAKAIAN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI KEMANGKATAN ALMARHUM DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Sebagai tanda menghormati kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah, semua penjawat awam dimohon untuk memakai Pakaian Gelap dan Bertudung Hitam bagi perempuan manakala Bersongkok Hitam dengan Lilitan Putih selebar 1 inci bagi Lelaki selama 100 hari.

Sekian, dimaklumkan. 

JADUAL ARAHAN KERJA PEGAWAI PENGAWAL KPM BAGI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BERKUATKUASA 17 MAC 2014

Jabatan Pendidikan Perak melalui surat edaran J.Pel.Pk.(Kew)3195/Jld.3(44) bth. 20 Mei 2014  dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KP.1067/I/A/I-1/Jld.11.(18) dan (19) bth. 29 April 2014 memaklumkan mengenai Perwakilan Kuasa Pengawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Pengurusan Kewangan dan Perakaunan di Sekolah Bukan PTJ dan Sekolah Bertaraf PTJ kepada pegawai/staf yang terlibat menguruskan kewangan sekolah.

Sekian, terima kasih.

Untuk makluman lanjut, sila muat turun surat di bawah :
a) Surat JPN Perak:

b) Surat Arahan Kerja Sekolah PTJ

c) Surat Arahan Kerja Sekolah Bukan PTJ

Jumaat, 23 Mei 2014

KAD PINTAR 2048

Makluman untuk sekolah PTJ Daerah Kuala Kangsar. JANM Perak melalui surat rujukan ANM/EG/504 Jld.11(14) bth. 07/05/2014 memaklumkan kepada semua pengguna sistem eSPKB, pihak SCAN Associates Bhd telah mengeluarkan kad pintar 2048 (warna biru) kepada semua pengguna baru dan juga pengguna yang memperbaharui kad pintar 1024 (warna ungu).

Kad Pintar 2048 ini menggunakan perisian Nexus Personal untuk membaca kad pintar. Perisian ini boleh dimuatturun di laman web JANM http://www.gov.my atau di laman web Digicert Sdn. Bhd. https://www.digicert.com.my/.


Kad Pintar 2048 ini hanya boleh digunakan untuk sistem eSPKB sahaja. Bagi pengguna sistem ePerolehan yang juga pengguna sistem eSPKB perlulah membuat permohonan kad baru atau token baru kepada MAMPU untuk tujuan capaian ke sistem berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Dari: Helpdesk PPPA
07/05/2014

URUSAN PENEMPATAN HAKIKI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22(KUP) KE GRED N22 HAKIKI

JPN melalui surat edaran J.Pel.Pk(SULIT) 4773 Jld.10/(32) bth. 09/05/2014 memaklumkan bahawa jabatan akan memproses urusan penempatan Gred N22(KUP) ke Gred N22 secara hakiki bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (P/O) di Negeri Perak.

Permohonan dibuka kepada Pembantu Tadbir yang telah dinaikkan pangkat secara time-based Gred N22(KUP) pada atau sebelum 31/12/2012.
Borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Perak (u.p: Unit Naik Pangkat) dengan segera pada atau sebelum 26/05/2014.


Surat siaran dan maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui capaian di bawah :

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1598/URUSAN%20PENEMPATAN%20PT%20N22(KUP)%20KE%20N22%20(HAKIKI).pdf


Jumaat, 11 April 2014

TAZKIRAH JUMAAT - HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH PENYAKIT


Di sebalik setiap musibah yang menimpa manusia itu sebenarnya mempunyai hikmah yang tertentu. Musibah bukan sahaja datangnya sesuatu penyakit tetapi apa-apa dugaan yang Allah SWT menduga kita seperti masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah pembelajaran anak-anak, masalah politik negara, banjir besar, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Antara hikmah yang boleh kita ambil dari musibah yang dihadapi antaranya :
  • Mengangkat Darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan untuk Allah SWT meninggikan darjat seorang hamba-Nya.  Kisah Nabi Ayub merupakan contoh yang terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT, namun masih mampu berbaik sangka kepada-Nya . Sudahlah dirinya ditimpa penyakit.  Isteri-isterinya juga menjauhkan diri. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah SWT mengembalikan semula kesihatan dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan mempunyai hikmah yang besar. Ujian dari Allah SWT datang kepada manusia-manusia yang Allah pilih sahaja. Kita hendaklah bersyukur sekiranya musibah datang kepada kita sebab kita di antara hamba-hamba Nya yang Allah SAW pilih untuk diduga.
  • Tanda Cinta
Musibah adalah tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala yang  kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya.” - (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Justeru itu, janganlah disesali akan musibah yang dihadapi, malah seharusnya disyukuri.
  • Belajar Erti Sabar
Yakinlah bahawa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firman-Nya :
“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar". Surah Ali 'Imran : 146
  • Pembersihan Dosa
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hakikatnya iblis dan syaitan senantiasa menggoda nafsu kita agar terus menerus melakukan dosa. Sedangkan dosa itu menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Hikmah diturunkan kesakitan itu adalah sebagai cara untuk membersihkan diri kita terhadap dosa-dosa lalu. Ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." - (HR. Bukhari dan Muslim)
  • Memberi Keinsafan
Kita mesti bersyukur segala nikmat kesenangan yang diberi oleh Allah SWT. Dengan kehendak-Nya juga, nikmat kesenangan itu boleh hilang dalam sekelip mata. Janganlah dicela andai musibah menimpa. Ketahuilah bila anda sakit atau ditimpa sesuatu musibah, hakikatnya Allah SWT sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
  • Pengubat Kepada "Ego"
Sakit menjadikan kita beringat akan nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata.  Segala yang kita miliki adalah milik mutlak Allah SWT. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Didatangkan sakit atau apa-apa musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita ini hamba Nya dan kita tidak patut bersifat sombong dan bongkak kepada Allah SWT. Sesungguhnya musibah itu adalah pengubat kepada “ego” kita.
  • Lebih Dekat Dengan Tuhan
Dalam keadaan sakit, kita lebih mudah mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapan-Nya. Bila kita sakit kita akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah SWT. Mungkin selama ini kita lalai. Keadaan ini akan mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah. Jarang orang merasakan nikmat ketika sakit. Namun, bagi orang yang banyak bersyukur dan bersabar dalam menghadapi kesakitan, ia akan memperoleh nikmat.
  • "Turning Point" dalam Kehidupan
Bila kita terlalu leka dalam hal-hal duniawi, kita selalu lupa kewajipan kita untuk beribadah kepada Allah SWT.  Hal-hal duniawi lebih penting dari hal-hal akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sakit adalah ‘signal’ yang Allah SWT sangat mengasihi kita agar menjadi hambanya yang bertaqwa dan tidak terus lalai dan leka kerana matlamat sebenar kita adalah kehidupan abadi di akhirat kelak, bukan kehidupan dunia yang bersifat sementara.
  • Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadikan ia ujub dan takabbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah SWT. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman seseorang. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada setiap orang beriman. Ketika hati menjadi bersih dan suci maka sirnalah penyakitnya, martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.


PENUTUP 

Sesungguhnya nikmat kesihatan yang kita perolehi pada ketika ini wajiblah kita syukuri. Seandainya ditimpa musibah penyakit maka mohonlah kesembuhan kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quranul Kareem kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan Izin Allah. Firman Allah SWT :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - Surah Al-Isra’:82

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, kami hanya boleh memberi panduan rangkaian ayat-ayat Al-Quranul Kareem untuk pesakit-pesakit amalkan tetapi kuasa penyembuhan mutlak adalah dari Allah SWT. Setiap rangkaian ayat yang diamalkan itu ibarat sebagai ubat panawar kepada penyakit yang dialami. Maka berdoalah kepada Nya dan mohon keredhan dan keampunan semoga segala musibah penyakit yang diturunkan akan segera sembuh kembali, Inshallah.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KETUA PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR DAERAH KUALA KANGSAR DAN HULU PERAK TAHUN 2014

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.02/09/10 Jld.4 (8) bertarikh 10 April 2014 akan melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak Tahun 2014.

          Tarikh    : 16 April 2014 (RABU)

          Masa     : 08.00 pagi - 05.00 petang

          Tempat  : Tasik Raban Resort, Lenggong

          Pakaian  : Pakaian rasmi/kerja


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/04/PPDKualaKangsar_00073.pdf

PERHATIAN: STATUS TERKINI KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK BAGI MELAKSANAKAN SISTEM eSPKWS

Jabatan Pendidikan Perak melalui surat edaran bertarikh 9 April 2014 memaklumkan mengenai pelaksanaan sepenuhnya Sistem eSPKWS disemua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk kenyataan sepenuhnya sila muat turun surat di bawah:

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1498

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 17

Semua Ahli
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Cawangan Kuala Kangsar

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 17

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan
akan diadakan pada ketentuan berikut :

          Tarikh      : 30 April 2014
          Hari         : Rabu
          Masa       : 10.00 Pagi
          Tempat    : Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.     Kenyataan ini dikeluarkan mengikut Peraturan 32 Perlembagaan Kesatuan. Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan dan hendaklah dikembalikan kepada saya dengan seberapa segera atau sebelum 18 APRIL 2014.

     1. Pencalonan Majlis Jawatankuasa Agung (jika berkaitan).
     2. Pencalonan AJK Cawangan dan Perwakilan ke Persidangan Perwakilan.
     3. Usul-usul (jika ada).
     4. Senarai nama AJK Pusat dan Cawangan disertakan.

Sekian, terima kasih,

" KEPTAN MAJU JAYA "

Yang Menjalankan Tugas,


           t.t
.......................................
(SUHAIMI BIN ALANG KARIM)
Setiausaha

s.k.     1. YDP KEPTAN Semenanjung Malaysia
          2. S/Usaha Agung KEPTAN Semenanjung Malaysia

Khamis, 20 Mac 2014

KELEBIHAN HARI JUMAAT



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)

TAKLIMAT PERATURAN KEWANGAN UNTUK MENDAPATKAN BALIK LEBIHAN BAYARAN

PPD Kuala Kangsar melalui surat edarannya, PPD/KK.01/01/03 Jld.6 Kew (38) bertarikh 19 Mac 2014 akan mengadakan Taklimat Peraturan Kewangan Untuk Mendapatkan Lebihan Bayaran pada tarikh di bawah :

          Tarikh   :  21 Mac 2014 (Jumaat)

          Masa     :  08.30 pagi

          Tempat  :  Dewan Besar PPD Kuala Kangsar

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

SURAT SIARAN DARI BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui suratnya, KP(BKEW/BT)1910/PCG/A4 Jld.9 (52) bertarikh 3 Mac 2014 telah mengeluarkan Surat Siaran mengenai Panduan Penggunaan Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita Bagi Mata Pelajaran Baharu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II yang mula dilaksanakan pada Tahun 2014.


Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat siaran di bawah :-

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001112.pdf

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Bahagian Pinjaman Perumahan Malaysia, Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling terbaru iaitu PR 1.1/2014 mengenai Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyatukan dan penambahbaik Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 serta Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun pekeliling berkenan di bawah :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/makluman2014/pr1_1_2014.pdf

Rabu, 12 Mac 2014

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N26 DAN N22 DAERAH KUALA KANGSAR

Untuk makluman semua Ketua Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar, sila berhubung terus dengan Pengerusi Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Daerah dengan SEGERA bagi membuat pengesahan dan pengemaskinian maklumat kedudukan jawatan tuan/puan.

Maklumat yang sediada akan digunapakai sekiranya tiada pengesahan dan pengemaskinian daripada tuan/puan. 

Butiran maklumat adalah seperti di bawah :

1)  Nama Tempat Bertugas
2)  Nama Penyandang
3)  No. Kad Pengenalan
4)  Tarikh Lantik Semasa
5)  Tarikh Sah Semasa
6)  Tarikh Penempatan Di Sekolah Semasa
7)  Alamat Terkini
8)  Nombor Fail Peribadi

Sekian, terima kasih.
  

PENYEDIAAN KEW.8 BAGI URUSAN PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM GRED 1 HINGGA 54 DI BAWAH SSM MENGIKUT PP BIL.36 TAHUN 2013

Jabatan Pelajaran Perak melalui surat edarannya, J.Pel.Pk.(AM) 4931/5 Jld.3 (55) bth. 25.2.2014 menjelaskan mengenai proses kelulusan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi pekeliling ini akan dilaksanakan oleh Jabatan secara berperingkat mengikut jawatan. Contoh penyediaan adalah dikepilkan bersama-sama dan perlu disediakan sebanyak 3 salinan.

Jabatan Pelajaran Perak juga mengingatkan bahawa penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pegawai-pegawai yang menerima opsyen pertukaran perlantikan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 hingga 35 Tahun 2013.

Penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi jawatan-jawatan tersebut akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa.

* Pekeliling Perkhidmatan Bil.36 Tahun 2013 ini perlu dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan pemahaman yang jelas. Para 5, 5.2 dan 5.3 merupakan salah satu penyataan penting dalam pekeliling ini.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat dan pekeliling di bawah :-


Rabu, 5 Mac 2014

KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran bth. 04/03/2014 merujuk kepada surat dari Bahagian Akaun KPM - KP.AK.SEK/500-6 Jld.8 (22) bth. 07/02/2014, dan surat Jabatan Pendidikan Perak - J.Pend.Pk(Kew)3536 Jld.IX bth. 28/02/2014 sedang menjalankan pengumpulan data yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan eSPKWS di sekolah-sekolah. 

Sehubungan dengan itu sila muat turun dan lengkapkan format Lampiran A seperti di bawah dan hantar ke Unit Kewangan PPD sebelum 7.3.2014 (Jumaat) tanpa GAGAL.

TAKLIMAT PEKELILING PELAKSANAAN PENGGABUNGAN SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.01/02/1 Jld.5 (7) bertarikh 04 April 2014 akan mengadakan Taklimat Pekeliling Pelaksanaan Penggabungan Skim Perkhidmatan bagi PPPS dan PPPLD Bil.40 Tahun 2013.

          Tarikh    : 11 Mac 2014
          Masa     :  08.30 pagi
          Tempat  : Dewan PPD Kuala Kangsar


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/03/taklimat-11.pdf

Rabu, 26 Februari 2014

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL BERTARIKH 1 - 28 FEBRUARI 2014

Perhatian kepada Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil (1 - 28 Feb 2014) :

Bermula : 25.2.2014 (Hari Selasa) / Tutup : 28.2.2014 (Hari Jumaat)

Sila pastikan Laporan BV343 (Laporan Prestasi Bil) di cetak terlebih dahulu melalui Sistem eSPKB bagi memudahkan laporan dikey in dalam Sistem Laporan Bil berkenaan.

PTJ yang menghadapi masalah talian internet boleh mengemukakan laporan BV343 secara faks ke 03-88847373 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbir Sistem ditalian 03-8884 7531 / 7546 / 7584 / 7549. 
Sekian, harap maklum. 

Isnin, 24 Februari 2014

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah untuk penyeragaman pemakaian baju korporat dikalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM.

Untuk pengetahuan dan maklumat lanjut, garis panduan ini boleh di muat turun di bawah :-

ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 1 TAHUN 2014

Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2014 menjelaskan mengenai langkah berjimat cermat penggunaan utiliti di semua bangunan pejabat / bangunan sewaan / premis pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk menguatkuasakan langkah-langkah tersebut tuan/puan boleh muat turun arahan berkenaan di bawah :-

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001081.pdf

SURAT PEKELILING ICT BILANGAN 2 TAHUN 2014

Surat Pekeliling ICT Bilangan 2 Tahun 2014 bertarikh 10 Februari 2014 adalah garis panduan mengenai struktur tabir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk pengetahuan dan maklumat bersama selanjutnya bolehlah ianya di muat turun di bawah :-

SURAT PEKELILING ICT KPM BILANGAN 1 TAHUN 2014

Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 10 Februari 2014 yang diterbitkan oleh bahagian Pengurusan Maklumat adalah mengenai garis panduan mengenai tatacara memohon kelulusan teknikal inisiatif ICT Bahagian Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya surat pekeliling ini boleh di muat turun di bawah :-

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL TAHUN 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Untuk makluman dan perhatian terutama bagi Sekolah PTJ, Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2014 bertarikh 29 Januari 2014 boleh dimuat turun di bawah :-

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001082.pdf

Sabtu, 1 Februari 2014

PEMBERITAHUAN : LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Kelebihan Hari Sabtu Dalam Islam

Kelebihan hari Sabtu dalam Islam

  1. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as – mereka membangkang kepada Nabinya,
  2. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as – mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka,
  3. Peristiwa Tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as – saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.,
  4. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as – Raja Firaun mencabar Nabi Musa,
  5. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as – Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit,
  6. Peristiwa Tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw – Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  7. Peristiwa Tipu daya kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah – kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian. Lalu Allah mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina.
Sebagian daripada ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu.
Zikir hari Sabtu:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ