Rabu, 22 Julai 2015

PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH

Jabatan Pelajaran Perak (Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) melalui surat J.Pend.Pk.(Kew)3536/Jld:IX(   ) bth. 08 Julai 2015 memaklumkan mengenai Penambahbaikan Dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah.

Garis Panduan ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan Akaun Sekolah (JKPAS) Bil.1 Tahun 2015. Bersama-sama ini disertakan dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan selanjutnya :

  1. Senarai Semak Baucar Bayaran
  2. Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah
  3. Garis Panduan Berkaitan Bidang Tugas dan Peranan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Dalam Tugas Kewangan dan Akaun di Sekolah.  
Sila muat turun dokumen berkenaan di bawah:

Jumaat, 10 Julai 2015

KENAIKAN KADAR ELAUN PENGETUA/ELAUN GURU BESAR

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pel.Pk.(AM)5023/1/(15) bth. 3.7.2015 memaklumkan mengenai kenaikan Elaun Pengetua dari RM150.00 kepada RM300.00 sebulan dan Elaun Guru Besar dinaikkan dari RM100.00 kepada RM200.00 sebulan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2015.

Sehubungan itu semua sekolah dikehendaki menyediakan kew.8 tersebut dalam 3 salinan dan menghantarnya kepada pihak Berkuasa melulus. Bagi Sekolah Menengah Harian, ianya hendaklah dikemukakan ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada atau sebelum 13 Julai 2015.

Sila muat turun surat beserta contoh di bawah :

Khamis, 9 Julai 2015

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL 1 - 15 JULAI 2015

Tarikh Penghantaran Laporan Prestasi Pembayaran Bil 1 - 15 Julai 2015 
Bermula : 08 Julai 2015 ( Rabu )
Tutup : 13 Julai 2015 ( Isnin )
Masa  : 05.00 Petang

Laporan perlu dikemukakan secara online dan boleh dikunci masuk mulai
8.7.2015 (Rabu) melalui URL https://ebil.moe.gov.my

PTJ yang menghadapi masalah talian intenet boleh menggunakan laporan BV343 secara faks ke  03-88706826 atau email ke aziz.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh dan waktu laporan ditutup. Sebarang rujukan lanjut boleh menghubungi Pentadbiran Sistem ditalian 03-88706208 /6203/6175/6210.

Sekian, dimaklumkan.



MAKLUMAN URL BARU SISTEM ELAPORAN BIL KPM

Pentadbiran Sistem di Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Perundingan, Bahagian Akaun telah memaklumkan bahawa capaian ke Portal Sistem e-LaporanBil KPM adalah melalui URL berikut :-

https://ebil.moe.gov.my

Dengan itu tuan/puan dikehendaki mengemaskini URL lama kepada URL baru   di atas bagi membolehkan Sistem e-LaporanBil KPM dilayari. 

Sila ikuti langkah di bawah untuk memudahkan akses tuan/puan ke Sistem     e-LaporanBil :-

Taip alamat URL : https://ebil.moe.gov.my

atau wujudkan ikon e-LaporanBil untuk memudahkan pengguna :

i)   klik butang kanan mouse pada desktop
ii)  pilih New
iii) pilh Shortcut
iv) Taip http://ebil.moe.gov.my <click>next
v ) Taip e-LaporanBil KPM, <click> Finish  
vi) Icon LaporanBil sedia digunakan

Sekian, terima kasih.

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5 (47) bth. 06 Julai 2015 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucar bayaran akan dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 Julai 2015 bermula jam 1.00 petang sehingga pada hari Isnin 20 Julai 2015 jam 8.00 pagi.
Penutupan adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 5 Julai 2015

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN JUN 2015

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5 (46) bth. 02 Julai 2015 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil Bulan Jun 2015 telah dipaparkan di eLaporan pada 02 Julai 2015.

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuai Bulan Jun 2015 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 15 JULAI 2015.

Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a)

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui buletin eSPKB (ANM/EG/504 Jld.12(55) bth. 26.06.2015 memaklumkan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha KPM, dalam Perbincangan Mengenai Status Semasa Baki Bajet 2015 telah memutuskan bahawa tarikh akhir penerimaan permohonan pembayaran di bawah AP58(a) iaitu pada 31 Mac 2015 (sepertimana diputuskan dalam Mesyuarat JPKA, KPM sebelum ini) adalah DIBATALKAN. Sehubungan itu, semua PTJ dibenarkan mengemukakan permohonan AP58(a) (jika ada) seperti sediakala.

Oleh yang demikian, sekiranya PTJ Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan masih mempunyai tuntutan Tahun 2014 yang belum di bayar. Sila hantar permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diakui sah ke alamat berikut :

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOCK E12, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP.: PUAN SUHANA BINTI MAT NAWI)

Kerjasama dan tindakan SEGERA daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan amat diharapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :

1. Encik Munasir bin Ab Rahim : 03-8884 7414
2. Cik Nor Adlina binti Abd Latif : 03-8884 7331
3. Puan Wan Yusmanisah binti Wan Yusuf : 03-8884 7366
4. Cik Nur Nadiyah binti Azham : 03-8884 7367
5. Encik Afnan Zhafri bin Ismail : 03-8884 7367
6. Puan Salwah binti Aris : 03-8884 7490

Sekian, terima kasih.