Ahad, 2 Ogos 2015

USUL DALAM MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PPD KUALA KANGSAR BIL. 1 TAHUN 2015

Pada 30 Julai 2015 (Hari Jumaat) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan Mesyuarat Majlis Permuafakatan PPD Kuala Kangsar Bil.1 Tahun 2015. Selain daripada Pegawai-Pegawai dari PPD Kuala Kangsar, antara Kesatuan / Persatuan Daerah Kuala Kangsar yang hadir :-

  1. YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) 
  2. YDP Majlis Guru Besar (MGB) 
  3. Pengerusi Kelompok Guru Besar SJKC
  4. Pengerusi Kelompok Guru Besar SJKT
  5. Pengerusi Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir (KPT)
  6. Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKMM)
  7. Pengerusi Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN)
  8. Pengerusi Persatuan Penyelia Asrama Pendidikan
  9. Pengerusi Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia
  10. Pengerusi Badan Kesatuan Pembantu Am Pejabat
  11. Pengerusi Guru Cemerlang Daerah Kuala Kangsar
  12. Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
  13. Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Matlamat mesyuarat ini sepertimana yang diucapkan oleh Pengerusi (Timbalan PPD Kuala Kangsar) antaranya bertujuan mengenalpasti masalah yang timbul dikalangan Kesatuan/Persatuan dan menyelaraskan isu-isu serta masalah yang di bawa bagi kebaikan bersama dalam merealisasikan PERAK EXCELLENT.

Untuk makluman semua KPT Daerah, 2 ISU yang telah dibawa kedalam mesyuarat berkenaan adalah :-
  • Buku Penghuraian Tugas Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir (P/O) yang dikeluarkan oleh SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 Oktober 2013 yang belum dikuatkuasakan.
  • Garis Panduan Berkaitan Bidang Tugas dan Peranan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Dalan Tugas Kewangan dan Akaun Sekolah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak. (Rujukan: surat JPN Pk. - J.Pend.Pk.(Kew) 3536/Jld.IX (   ) bertarikh 8 Julai 2015. 
  • JOB ROTATION KPT perlu dilakukan demi membantu meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah serta meluas dan memantapkan ilmu pengetahuan dikalangan Ketua Pembantu Tadbir.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan