Isnin, 23 Februari 2015

PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI-AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak melalui edaran surat, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5(13) bertarikh 11.2.2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25.2.2014 yang lalu, adalah dimaklumkan bahawa PERUBAHAN BANK GAJI YANG MELIBATKAN CIMB HENDAKLAH MENGGUNAKAN AKAUN BANK 10 DIGIT.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan mulai perubahan bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit.

Sila kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut.

Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses.

Sekian,terima kasih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan