Khamis, 20 Mac 2014

KELEBIHAN HARI JUMAAT



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)

TAKLIMAT PERATURAN KEWANGAN UNTUK MENDAPATKAN BALIK LEBIHAN BAYARAN

PPD Kuala Kangsar melalui surat edarannya, PPD/KK.01/01/03 Jld.6 Kew (38) bertarikh 19 Mac 2014 akan mengadakan Taklimat Peraturan Kewangan Untuk Mendapatkan Lebihan Bayaran pada tarikh di bawah :

          Tarikh   :  21 Mac 2014 (Jumaat)

          Masa     :  08.30 pagi

          Tempat  :  Dewan Besar PPD Kuala Kangsar

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

SURAT SIARAN DARI BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui suratnya, KP(BKEW/BT)1910/PCG/A4 Jld.9 (52) bertarikh 3 Mac 2014 telah mengeluarkan Surat Siaran mengenai Panduan Penggunaan Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita Bagi Mata Pelajaran Baharu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II yang mula dilaksanakan pada Tahun 2014.


Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat siaran di bawah :-

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001112.pdf

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Bahagian Pinjaman Perumahan Malaysia, Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling terbaru iaitu PR 1.1/2014 mengenai Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyatukan dan penambahbaik Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 serta Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun pekeliling berkenan di bawah :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/makluman2014/pr1_1_2014.pdf

Rabu, 12 Mac 2014

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N26 DAN N22 DAERAH KUALA KANGSAR

Untuk makluman semua Ketua Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar, sila berhubung terus dengan Pengerusi Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir Daerah dengan SEGERA bagi membuat pengesahan dan pengemaskinian maklumat kedudukan jawatan tuan/puan.

Maklumat yang sediada akan digunapakai sekiranya tiada pengesahan dan pengemaskinian daripada tuan/puan. 

Butiran maklumat adalah seperti di bawah :

1)  Nama Tempat Bertugas
2)  Nama Penyandang
3)  No. Kad Pengenalan
4)  Tarikh Lantik Semasa
5)  Tarikh Sah Semasa
6)  Tarikh Penempatan Di Sekolah Semasa
7)  Alamat Terkini
8)  Nombor Fail Peribadi

Sekian, terima kasih.
  

PENYEDIAAN KEW.8 BAGI URUSAN PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM GRED 1 HINGGA 54 DI BAWAH SSM MENGIKUT PP BIL.36 TAHUN 2013

Jabatan Pelajaran Perak melalui surat edarannya, J.Pel.Pk.(AM) 4931/5 Jld.3 (55) bth. 25.2.2014 menjelaskan mengenai proses kelulusan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi pekeliling ini akan dilaksanakan oleh Jabatan secara berperingkat mengikut jawatan. Contoh penyediaan adalah dikepilkan bersama-sama dan perlu disediakan sebanyak 3 salinan.

Jabatan Pelajaran Perak juga mengingatkan bahawa penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pegawai-pegawai yang menerima opsyen pertukaran perlantikan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 hingga 35 Tahun 2013.

Penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi jawatan-jawatan tersebut akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa.

* Pekeliling Perkhidmatan Bil.36 Tahun 2013 ini perlu dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan pemahaman yang jelas. Para 5, 5.2 dan 5.3 merupakan salah satu penyataan penting dalam pekeliling ini.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat dan pekeliling di bawah :-


Rabu, 5 Mac 2014

KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran bth. 04/03/2014 merujuk kepada surat dari Bahagian Akaun KPM - KP.AK.SEK/500-6 Jld.8 (22) bth. 07/02/2014, dan surat Jabatan Pendidikan Perak - J.Pend.Pk(Kew)3536 Jld.IX bth. 28/02/2014 sedang menjalankan pengumpulan data yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan eSPKWS di sekolah-sekolah. 

Sehubungan dengan itu sila muat turun dan lengkapkan format Lampiran A seperti di bawah dan hantar ke Unit Kewangan PPD sebelum 7.3.2014 (Jumaat) tanpa GAGAL.

TAKLIMAT PEKELILING PELAKSANAAN PENGGABUNGAN SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.01/02/1 Jld.5 (7) bertarikh 04 April 2014 akan mengadakan Taklimat Pekeliling Pelaksanaan Penggabungan Skim Perkhidmatan bagi PPPS dan PPPLD Bil.40 Tahun 2013.

          Tarikh    : 11 Mac 2014
          Masa     :  08.30 pagi
          Tempat  : Dewan PPD Kuala Kangsar


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/03/taklimat-11.pdf