Rabu, 12 Jun 2013

PEMBELIAN BUKU PELAWAT DARI BINTANG PRINTING SDN BHD YANG DIARAHKAN OLEH MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)

Unit Akaun Sekolah melalui portal Jabatan Pelajaran Malaysia berrtarikh 10.6.2013 memaklumkan mengenai pembelian buku pelawat berkenan untuk perhatian dan tindakan sekolah. Surat siaran mengenai perkara ini boleh dimuat turun di bawah :

Surat Siaran Pembelian Buku Pelawat

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 KE N26 NEGERI PERAK 2013

JPN Perak melalui suratnya J.Pel.Pk(SULIT)4773 Jld.8/(16) bth 10.6.2013 memaklumkan bahawa KPM sedang melaksanakan urusan pemangkuan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26. 

Calon-calon yang layak adalah seperti berikut :

1.1.  dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010 secara hakiki.

1.2.  dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 secara Time Based (KUP) dan ditempatkan secara hakiki ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010.

Semua dokumen permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Perak dengan segera (u.p: Unit Naik Pangkat) pada atau sebelum 14 Jun 2013.

Surat siaran dan borang-borang berkaitan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/459/Pemangkuan%20PT%20N22%20ke%20N26%20Tahun%202013.pdf

Khamis, 6 Jun 2013

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN MEI 2013

JANM  melalui  suratnya  ANM.PK.P/P.600-5 Jld 2 (48)  bth 04 Jun 2013 memaklumkan Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bulan Mei 2013 telah dipaparkan di e-Laporan pada 04 Jun 2013.

Sehubungan itu, PTJ diberi tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Mei 2013 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 17 Jun 2013.

Sekian dimaklumkan.

REJAB BERLALU SYA'BAN MENANTI