Khamis, 3 November 2016

URUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LNPT) TAHUN 2016 DALAM APLIKASI SISTEM HRMIS

Jabatan Pendidikan Perak melalui portal jabatan bertarikh 3 November 2016 memaklumkan bahawa urusan LNPT 2016 bagi semua anggota yang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan perlu dilaksanakan dalam aplikasi Sistem HRMIS iaitu modul Pengurusan Prestasi (Sasaran Kerja Tahunan & Penilaian Prestasi). Walau bagaimanapun, makluman ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sehubungan dengan itu, minta jasa baik tuan agar dapat melaksanakan urusan berkenaan dan mengarahkan semua pegawai dan staf yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya TANPA GAGAL.

Sekian, terima kasih.

sila muaturun surat ini untuk keterangan lanjut :

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN OKTOBER 2015

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin e-SPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.9 (8) bth. 2 November 2016 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil Bulan Oktober 2016 telah dipaparkan di eLaporan pada 2 November 2016. 

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Oktober 2016 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 15 November 2016.

Sekian, terima kasih.


Selasa, 25 Oktober 2016

NOTA TAMBAHAN BAGI URUSAN LNPT (AKP SAHAJA) - PROSES HANTAR LNPT DAN SEMAKAN REKOD SKT OLEH PYD (MENU PYD)

Bersama-sama ini disertakan Nota Tambahan sebagai rujukan Pentadbir HRMIS sekolah dan juga semua Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) sekolah tuan untuk memudahkan pelaksanaan urusan LNPT HRMIS.

Sekian, dimaklumkan.

TUNTUTAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2017 MELALUI SISTEM E-BANTUAN (e-B)

Merujuk kepada surat JPN Perak (Unit Akaun Sekolah) bertarikh 5 Oktober 2016 memaklumkan bahawa SPK Bil. 8 (Bab B) Tahun 2016 berkaitan Prosedur Tuntutan Awal menyatakan bahawa semua sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan dikehendaki menyerahkan maklumat peruntukan Tuntutan Awal Persekolahan Tahun 2017 kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing mulai 1 - 25 Oktober 2016.

Tuntutan awal dalam Sistem e-Bantuan hendaklah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun semasa.

Semua Pengurus Sekolah adalah diingatkan untuk menyemak dan memastikan pengiraan Tuntutan Awal Persekolahan yang dikemukakan adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan kes-kes terlebih pulang peruntukan atau terkurang terima peruntukan.

Kerjasama tuan adalah diharapkan untuk menghantar borang-borang yang telah lengkap serta maklumat-maklumat seperti berikut :

a) Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan Rendah/Menengah (TBPR/M)
b) Salinan Retan Pelajar - JPN RP2 (1 Oktober 2016)
c) Salinan Retan Mata Pelajaran Elektif (1 Oktober 2016)
d) Salinan Retan Penghuni Asrama (1 Oktober 2016)
e) Salinan Muka Hadapan/Kelayakan Harga Kontrak Tender Makanan Asrama
f) Salinan Penyata Bank Kerajaan dan Asrama

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah diharga. Sekian, terima kasih.

PINDAAN SURAT PERWAKILAN KUASA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MELULUSKAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

Merujuk kepada surat JPN Perak (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) bertarikh 14 September 2016 dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KPMSP.100-2/5/7 Jld.53 (21) bth 2.9.2016 adalah mengenai perkara di atas.

Bersama ini dilampirkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk perhatian dan rujukan tuan/puan.

sila muaturun surat ini untuk keterangan lanjut :

CUTI KELEPASAN AM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Perak bagi Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah pada            4 NOVEMBER 2016 (Jumaat). 

Sehubungan itu juga, semua sekolah dikehendaki mengibarkan Bendera Negeri Perak di premis sekolah masing-masing sempena hari keputeraan tersebut.

Sekian, terima kasih.

sila muaturun surat ini untuk tindakan selanjutnya :

KES TIDAK HADIR BERTUGAS BOLEH MENJEJASKAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT

Merujuk kepada surat PPD Kuala Kangsar, PPD.KK.(SULIT) 09/02/1 (11) bertarikh 17 Oktober 2016 telah memaklumkan bahawa di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bagi pertimbangan kenaikan pangkat seseorang boleh terjejas apabila pegawai tersebut dikenakan potongan emolumen kerana tidak hadir bertugas.

Begitu juga diingatkan bahawa pegawai yang terlibat dengan kes tidak hadir bertugas ini perlu diambil tindakan tatatertib. Sekiranya tiada tindakan tatatertib dikenakan, KETUA JABATAN perlu bersedia memberi surat tunjuk sebab kepada Kementerian Pendidkan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila muaturun surat di bawah. Sekian, terima kasih. 

http://www.ppdkualakangsar.edu.my/v2/attachments/article/1813/Kes%20Tidak%20Hadir%20Bertugas.pdf

http://www.ppdkualakangsar.edu.my/v2/attachments/article/1813/Panduan_Mengurus_Pegawai_THB.pdf