Jumaat, 11 April 2014

TAZKIRAH JUMAAT - HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH PENYAKIT


Di sebalik setiap musibah yang menimpa manusia itu sebenarnya mempunyai hikmah yang tertentu. Musibah bukan sahaja datangnya sesuatu penyakit tetapi apa-apa dugaan yang Allah SWT menduga kita seperti masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah pembelajaran anak-anak, masalah politik negara, banjir besar, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Antara hikmah yang boleh kita ambil dari musibah yang dihadapi antaranya :
  • Mengangkat Darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan untuk Allah SWT meninggikan darjat seorang hamba-Nya.  Kisah Nabi Ayub merupakan contoh yang terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT, namun masih mampu berbaik sangka kepada-Nya . Sudahlah dirinya ditimpa penyakit.  Isteri-isterinya juga menjauhkan diri. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah SWT mengembalikan semula kesihatan dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan mempunyai hikmah yang besar. Ujian dari Allah SWT datang kepada manusia-manusia yang Allah pilih sahaja. Kita hendaklah bersyukur sekiranya musibah datang kepada kita sebab kita di antara hamba-hamba Nya yang Allah SAW pilih untuk diduga.
  • Tanda Cinta
Musibah adalah tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala yang  kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya.” - (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Justeru itu, janganlah disesali akan musibah yang dihadapi, malah seharusnya disyukuri.
  • Belajar Erti Sabar
Yakinlah bahawa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firman-Nya :
“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar". Surah Ali 'Imran : 146
  • Pembersihan Dosa
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hakikatnya iblis dan syaitan senantiasa menggoda nafsu kita agar terus menerus melakukan dosa. Sedangkan dosa itu menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Hikmah diturunkan kesakitan itu adalah sebagai cara untuk membersihkan diri kita terhadap dosa-dosa lalu. Ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." - (HR. Bukhari dan Muslim)
  • Memberi Keinsafan
Kita mesti bersyukur segala nikmat kesenangan yang diberi oleh Allah SWT. Dengan kehendak-Nya juga, nikmat kesenangan itu boleh hilang dalam sekelip mata. Janganlah dicela andai musibah menimpa. Ketahuilah bila anda sakit atau ditimpa sesuatu musibah, hakikatnya Allah SWT sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
  • Pengubat Kepada "Ego"
Sakit menjadikan kita beringat akan nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata.  Segala yang kita miliki adalah milik mutlak Allah SWT. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Didatangkan sakit atau apa-apa musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita ini hamba Nya dan kita tidak patut bersifat sombong dan bongkak kepada Allah SWT. Sesungguhnya musibah itu adalah pengubat kepada “ego” kita.
  • Lebih Dekat Dengan Tuhan
Dalam keadaan sakit, kita lebih mudah mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapan-Nya. Bila kita sakit kita akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah SWT. Mungkin selama ini kita lalai. Keadaan ini akan mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah. Jarang orang merasakan nikmat ketika sakit. Namun, bagi orang yang banyak bersyukur dan bersabar dalam menghadapi kesakitan, ia akan memperoleh nikmat.
  • "Turning Point" dalam Kehidupan
Bila kita terlalu leka dalam hal-hal duniawi, kita selalu lupa kewajipan kita untuk beribadah kepada Allah SWT.  Hal-hal duniawi lebih penting dari hal-hal akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sakit adalah ‘signal’ yang Allah SWT sangat mengasihi kita agar menjadi hambanya yang bertaqwa dan tidak terus lalai dan leka kerana matlamat sebenar kita adalah kehidupan abadi di akhirat kelak, bukan kehidupan dunia yang bersifat sementara.
  • Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadikan ia ujub dan takabbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah SWT. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman seseorang. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada setiap orang beriman. Ketika hati menjadi bersih dan suci maka sirnalah penyakitnya, martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.


PENUTUP 

Sesungguhnya nikmat kesihatan yang kita perolehi pada ketika ini wajiblah kita syukuri. Seandainya ditimpa musibah penyakit maka mohonlah kesembuhan kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quranul Kareem kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan Izin Allah. Firman Allah SWT :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - Surah Al-Isra’:82

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, kami hanya boleh memberi panduan rangkaian ayat-ayat Al-Quranul Kareem untuk pesakit-pesakit amalkan tetapi kuasa penyembuhan mutlak adalah dari Allah SWT. Setiap rangkaian ayat yang diamalkan itu ibarat sebagai ubat panawar kepada penyakit yang dialami. Maka berdoalah kepada Nya dan mohon keredhan dan keampunan semoga segala musibah penyakit yang diturunkan akan segera sembuh kembali, Inshallah.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KETUA PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR DAERAH KUALA KANGSAR DAN HULU PERAK TAHUN 2014

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.02/09/10 Jld.4 (8) bertarikh 10 April 2014 akan melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak Tahun 2014.

          Tarikh    : 16 April 2014 (RABU)

          Masa     : 08.00 pagi - 05.00 petang

          Tempat  : Tasik Raban Resort, Lenggong

          Pakaian  : Pakaian rasmi/kerja


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/04/PPDKualaKangsar_00073.pdf

PERHATIAN: STATUS TERKINI KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK BAGI MELAKSANAKAN SISTEM eSPKWS

Jabatan Pendidikan Perak melalui surat edaran bertarikh 9 April 2014 memaklumkan mengenai pelaksanaan sepenuhnya Sistem eSPKWS disemua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk kenyataan sepenuhnya sila muat turun surat di bawah:

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1498

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 17

Semua Ahli
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Cawangan Kuala Kangsar

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 17

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan
akan diadakan pada ketentuan berikut :

          Tarikh      : 30 April 2014
          Hari         : Rabu
          Masa       : 10.00 Pagi
          Tempat    : Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.     Kenyataan ini dikeluarkan mengikut Peraturan 32 Perlembagaan Kesatuan. Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan dan hendaklah dikembalikan kepada saya dengan seberapa segera atau sebelum 18 APRIL 2014.

     1. Pencalonan Majlis Jawatankuasa Agung (jika berkaitan).
     2. Pencalonan AJK Cawangan dan Perwakilan ke Persidangan Perwakilan.
     3. Usul-usul (jika ada).
     4. Senarai nama AJK Pusat dan Cawangan disertakan.

Sekian, terima kasih,

" KEPTAN MAJU JAYA "

Yang Menjalankan Tugas,


           t.t
.......................................
(SUHAIMI BIN ALANG KARIM)
Setiausaha

s.k.     1. YDP KEPTAN Semenanjung Malaysia
          2. S/Usaha Agung KEPTAN Semenanjung Malaysia