Rabu, 27 Mac 2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUN-MAKSIMUM DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA


Sila muat turun pekeliling berkenaan untuk bacaan selanjutnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013
Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Muat turun pekeliling di sini : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf



PELANTIKAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK



YBHG TUAN HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN
PMP, AMN, AMP

TAHNIAH !!!

atas lantikan sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Perak

daripada Badan Penyelaras KPT Kuala Kangsar



PERJUMPAAN KPT DAERAH KUALA KANGSAR

Ucapan ribuan terima kasih kepada PPD Kuala Kangsar kerana telah memberikan kerjasama dengan membenarkan Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir mengadakan perjumpaan. Objektif perjumpaan adalah membincangkan mengenai peranan KPT dalam membentuk kecemerlangan pengurusan di sekolah.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Badan Penyelaras telah merangka beberapa program bagi memantapkan KPT seperti mengadakan kursus/ latihan/seminar dan sebaginya.

Dalam perjumpaan tersebut ada dikalangan KPT yang menyarankan supaya disemak dan diseragamkan skop kerja bagi KPT Hakiki kerana adanya Pembantu Tadbir Gred N22 (KUP) di sekolah yang sama.

Walaupun baru pertama kali dibuat perjumpaan nampaknya semua KPT mengambil peranan dan menyuarakan pelbagai cadangan bagi penambahbaikan dalam sistem pengurusan di sekolah. Apapun Jawatankuasa mengucapkan terima kasih atas kehadiran serta sokongan yang diberikan oleh rakan KPT. Semoga kita akan dapat mengadakan beberapa sesi perjumpaan lagi, Insyaalah. Selamat menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013


Sila muat turun pekeliling berkenaan untuk bacaan selanjutnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2013
Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Muat turun pekeliling di sini : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp012013.pdf

Selasa, 26 Mac 2013

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

SELAMAT BERTUGAS DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR DARIPADA BADAN PENYELARAS KPT KUALA KANGSAR .



TUAN HAJI ADNAN BIN REJAB
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR


ENCIK SAFUAN BIN HAJI RABA'AI
TIMBALAN PENGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR