Rabu, 29 Julai 2020

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN KUALA KANGSAR KALI KE 23 TAHUN 2020

Mengikut Peraturan (32) Perlembagaan Kesatuan Sekerja, memaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kuala Kangsar akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Kali Ke-23 Tahun 2020 seperti ketetapan berikut :

Tarikh     :     19 Ogos 2020 (Hari Rabu)

Masa       :     8.00 Pagi

Tempat    :    Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar

Sekian, terima kasih.

" INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI "

Ahad, 14 Mei 2017

BENGKEL PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK - PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK KETUA PEMBANTU TADBIR KUALA KANGSAR TAHUN 2017

PPD Kuala Kangsar melalui suratnya PPD.KK.02/09/10 Jld.7 (24) bertarikh 12 Mei 2017 adalah berkaitan dengan perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa PPD Kuala Kangsar akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 15 Mei 2017 (Isnin)

Masa   :  8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:  Bilik Gerakan SMK Datuk Haji Abd Wahab, Sg Siput (U) Perak

Sebarang pertanyaan mengenai bengkel boleh menghubungi Pn. Siti Noorima bt. Romli Pegawai Eksekutif di talian 05-7761184.

Sekian, terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila muaturun surat ini :

http://jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments/article/3146/BENGKEL%20PENGKONGSIAN%20AMALAN%20TERBAIK%20PEMBANTU%20TADBIR.pdf

Khamis, 3 November 2016

URUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LNPT) TAHUN 2016 DALAM APLIKASI SISTEM HRMIS

Jabatan Pendidikan Perak melalui portal jabatan bertarikh 3 November 2016 memaklumkan bahawa urusan LNPT 2016 bagi semua anggota yang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan perlu dilaksanakan dalam aplikasi Sistem HRMIS iaitu modul Pengurusan Prestasi (Sasaran Kerja Tahunan & Penilaian Prestasi). Walau bagaimanapun, makluman ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sehubungan dengan itu, minta jasa baik tuan agar dapat melaksanakan urusan berkenaan dan mengarahkan semua pegawai dan staf yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya TANPA GAGAL.

Sekian, terima kasih.

sila muaturun surat ini untuk keterangan lanjut :