Ahad, 21 April 2013

KEMERIAHAN SEMASA PENAMAAN CALON PRU KE-13


segak bergayer..
Fuhhh yoo.. rame bebeno.!!


sempat juge berceramah kat penyokong

betoi ke niie yob ?


Amboii girang sungguh penyokong2 niee..

ngape termenung..ade can ke lagi niee??
Mantan MB Perak..dapat jadi calon lagi...sengonok nyer..


bawok bersabo yob..



Negara ku yang indah permai..


Selasa, 16 April 2013

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

JANM melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld 2 (28) bth 11 April 2013 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucer bayaran serta penyata pemungut akan dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 18 April 2013 bermula jam 12.30 tengahari sehingga pada hari Isnin 22 April 2013 jam 8.00 pagi. Penutupan adalah bersempena dengan Cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, harap maklum.

Khamis, 11 April 2013

BENGKEL PROFESIONALISME KETUA PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR

PPD KK melalui suratnya PPD.KK.08/23 (16) bth 04 April 2013 telah memaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh   : 16 April 2013 (Selasa)
Masa     :  8.30 pagi
Tempat :  Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Sg Siput (U)

Sehubungan itu pihak PPD Kuala Kangsar mohon kerjasama tuan Pengetua/ Guru Besar memberi pelepasan kepada Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir untuk hadir ke bengkel tersebut.

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai.

Sekian, dimaklumkan.

Rabu, 10 April 2013

PENYATA PENYESUAIAN TAHUN 2011

JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld 2 (23) bth 09 April 2013, memaklumkan buat masa ini tindakan penyusunan Penyata Penyesuaian Tahun 2011 bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ Sekolah-Sekolah) belum selesai. Sehubungan dengan itu diminta tuan/puan hadir ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Perak mulai 16hb hingga 18hb April 2013 untuk mengambil penyata berkenaan.

Sekian, dimaklumkan.

BORANG MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PCB & PANDUAN SG20 UNTUK ZAKAT LUAR SISTEM

JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld 2(21) bth 08 April 2013 telah selesai melaksanakan aktiviti update SAP Kernel dan SAP Support Pack dalam sistem GFMAS-PAYROLL bagi keperluan pengiraan KWSP bagi caruman majikan dan pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) untuk pegawai awam Persekutuan.

Sehubungan dengan itu PTJ/Pusat Pembayar dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi bagi tujuan pengiraan PCB dengan mengunakan Borang Baru yang telah dibuat penambahbaikan seperti Kategori 3 bagi status Duda/Janda/ Balu dan Bujang dengan Anak Angkat.

Untuk makluman, pembayaran zakat di luar sistem boleh diambil kira dalam pengiraan PCB dengan syarat resit rasmi tersebut adalah resit tahun semasa. Salinan resit berkenaan yang telah disahkan perlu dikepilkan bersama borang perubahan SG20.

Muat turun borang di sini :
http://portalpp.anm.gov.my/perak/wp-content/uploads/2012/08/Borang-Peribadi-PCB.pdf 

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/2013/04/Lampiran-D.pdf

Isnin, 8 April 2013

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN MAC 2013

JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld.2 (19) bth 04 April 2013 telah memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bulan Mac 2013 telah dipaparkan di eLaporan pada 03 April 2013.

Sehubungan dengan sekolah PTJ diberi tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Mac 2013 bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 16 April 2013.

Sekian, dimaklumkan

PERMOHONAN KAD DAN PEMBACA KAD PINTAR SECARA ATAS TALIAN

Perhatian untuk sekolah PTJ, pihak MAMPU melalui suratnya (MAMPU.BPGCIT. 220-2/1/1-1 Jld.15(9) bth. 23 Januari 2013 telah memaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2013, permohonan kad pintar dan pembaca kad pintar perlu dilakukan menerusi Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/govpki/).

Permohonan secara manual selepas tarikh tersebut tidak akan diproses dan perlu dipohon semula melalui Portal GPKI.

Sehubungan dengan itu bagi PTJ yang belum menghadiri sesi taklimat Portal GPKI, adalah diminta untuk menghubungi JANM Perak (u.p: Unit Pelaksanaan) di talian 05-2547304 ext. 172/174/175/182 bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkara tersebut.

Sekian, harap maklum.