Khamis, 9 Julai 2015

PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui buletin eSPKB, ANM.PK.P/P.600-5 Jld.5 (47) bth. 06 Julai 2015 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucar bayaran akan dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 Julai 2015 bermula jam 1.00 petang sehingga pada hari Isnin 20 Julai 2015 jam 8.00 pagi.
Penutupan adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan