Rabu, 26 Ogos 2015

KEMPEN TABUNG PAHLAWAN (KTP) PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Merujuk kepada surat PPD Kuala Kangsar, PPD.KK.08/14/1 Jld.2 (13) bth. 24.8.2015 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pel.Pk(AM) 5114/16 Jld.19 (39) bth. 20.8.2015 berhubung dengan perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai memperingati jasa pahlawan-pahlawan. kerajaan dan Persatuan Veteran ATM telah melancarkan Kempen Tabung Pahlawan sebagai satu usaha untuk mengumpul sumbangan dari semua pihak bagi mengisi Tabung Kebajikan Persatuan Veteran yang memerlukan. 

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk sama-sama menjayakan kempen ini. Sumbangan boleh dibuat melalui cek atau wang pos di atas nama " PVATM (TABUNG PAHLAWAN)" dan dihantar ke alamat seperti berikut :

Urusetia Kempen Tabung Pahlawan
d/a Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak
No. 49A, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya
30100 Ipoh

Sebarang pertanyaan berkaitan Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan ini boleh menghubungi terus Urusetia di talian 05-5283763 / Fax 05-5283783. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan