Khamis, 22 Ogos 2013

KENAAN CAJ RM1 KEPADA ANGKASA DAN PAPARAN POTONGAN ANGKASA PADA PENYATA GAJI PEGAWAI

Unit Gaji JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.T (2) 1099 Jld.2 (72) bth 20 Ogos 2013 menjelaskan berkaitan dengan kekeliruan yang dihadapi oleh pegawai apabila Penyata Gaji memaparkan 2 kod potongan Angkasa iaitu Angkasa & Angkasa (TIADA KENAAN CAJ) pada bulan Julai 2013 yang lepas.

Mulai gaji bulan Oktober 2012 Kerajaan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi kepada 17 buah agensi potongan berdasarkan peruntukan Perintah F1 (Kemudahan Potongan Gaji Pegawai Awam Persekutuan) 2011 Akta Fi 1051.

Sekiranya sesebuah agensi potongan tidak bersetuju untuk dikenakan caj RM1.00, agensi terbabit perlu mendaftar terus di bawah agensi Angkasa. Mulai bulan Julai 2013 juga, kenaan caj telah mula diperluaskan kepada agensi Angkasa. Terdapat pelbagai jenis potongan didaftarkan di bawah agensi Angkasa seperti potongan berbentuk pinjaman, kelab, simpanan, insuran dan sebagainya. Hanya potongan berbentuk pinjaman sahaja yang dikenakan caj. Dijelaskan di sini bahawa kenaan caj RM1.00 adalah telah dikenakan ke AGENSI dan bukan ke atas individu.

Bagi individu yang mempunyai potongan Angkasa, amaun yang dipotong pada bulan Julai 2013 adalah sama seperti bulan sebelumnya kecuali jika ada perubahan amaun potongan yang dibuat oleh pegawai. Bezanya adalah potongan tersebut telah dikategorikan kepada pinjaman + kelab/simpanan/ insuran ATAU kekal di bawah potongan berbentuk pinjaman ATAU  potongan berbentuk kelab/simpanan/insuran.

Kategori potongan hanya diketahui oleh pihak agensi Angkasa sahaja. Pihak JANM hanya membantu untuk memproses potongan setiap bulan ke atas individu. Oleh yang demikian paparan pada penyata gaji bulan Julai 2013 telah dipaparkan sebagai Angkasa & Angkasa (TIADA KENAAN CAJ).

Bagi mengelakkan kekeliruan, sekali lagi pada gaji bulan Ogos 2013, Penyata Gaji pegawai akan memaparkan perihal Angkasa yang memaksud pinjaman atau Angkasa (bukan PINJAMAN) yang bermaksud sama ada kelab, simpanan atau insuran.

Di harap penjelasan ini dapat membantu pihak tuan/puan yang masih keliru dengan paparan kod potongan Angkasa di ruangan Penyata Gaji.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 19 Ogos 2013

PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2013

Unit Perjawatan & Perkhidmatan melalui portal rasmi JPN bertarikh 13 Ogos 2013 telah mengemukakan contoh penyediaan penyata perubahan (Kew.8) Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi Tahun 2013.

Sehubungan itu tuan/puan bolehlah mengemukakan Kew.8 berkenaan kepada Pihak Berkuasa Melulus (Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing) dan bagi Sekolah Menengah harian pula, perlu mengemukakan 3 salinan Kew.8 tersebut dan menghantarnya ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dengan kadar segera.

surat berkenaan boleh dimuat turun disini  
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/678/upp,bantuan%20khas%20kew%2031jul2013.pdf

Selasa, 6 Ogos 2013

LAPORAN TERPERINCI PERBELANJAAN VOT, AMANAH DAN HASIL BULAN JULAI 2013

JANM melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld.2 (71) bth 5 Ogos 2013 memaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bulan Julai 2013 telah dipaparkan di eLaporan pada 5 Ogos 2013.

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Julai 2013 adalah bermula dari tarikh di atas. Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 20 Ogos 2013.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


PENUTUPAN PERANAN PERAKU 2 SISTEM eSPKB JANM PERAK

JANM melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld.2(69) bth 31 Julai 2013 memaklumkan bahawa penutupan sementara transaksi bagi PERAKU 2 baucer bayaran akan dilaksanakan pada hari RABU bersamaan 7 Ogos 2013 bermula jam 12.30 tengahari sehingga pada hari ISNIN 12 Ogos jam 8.00 pagi.

Penutupan adalah bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi yang melibatkan peranan PERAKU 2 tidak dapat dijalankan sepanjang masa dan tarikh tersebut.

Sekian, harap maklum.

PANDUAN BAGI MENGELAKKAN PENOLAKAN PEMBAYARAN SECARA EFT

JANM melalui suratnya ANM.PK.P.600-5(62) bth. 22 Julai 2013 menjelaskan panduan bagi mengelakkan pembayaran secara EFT ditolak.

Berikut adalah panduan bagi mengelakkan pembayaran EFT ditolak :-

a) Pastikan nombor akaun masih aktif (sekiranya 'dormant' sila aktifkan).

b) Pastikan salinan penyata bank yang diberi tertera transaksi 3 bulan terkini atau sekurang-kurangnya transaksi untuk sebulan sebelum pembayaran dibuat

c) Pastikan bilangan digit, nama bank dan kod bank dikunci masuk dengan betul didalam maklumat penerima bayaran atau maklumat pembekal di sistem eSPKB. (Rujuk buletin eSPKB no. rujukan ANM.PK.P/P.600-5(56) bth 2.7.2013) Jangan Menggunakan Nombor Kad Pengenalan sebagai nombor akaun.

d) Elakkan penggunaan simbol yang tidak boleh digunakan pada nama 
penerima dalam maklumat penerima bayaran atau maklumat pembekal di sistem eSPKB. (Rujuk buletin eSPKB no. rujukan ANM.PK.P/P.600-5(66) bth 25.10.2012)

e) Bagi baucar ePerolehan (eP), PTJ perlu memaklumkan kepada pentadbir sistem eP atau pihak pembekal jika terdapat sebarang perbezaan maklumat dalam eP dan penyata bank.

Berikutan daripada itu, PTJ dikehendaki mengambil perhatian serius terhadap perkara di atas  bagi mengurangkan penolakan pembayaran secara EFT ditolak
oleh pihak bank.

Isnin, 5 Ogos 2013

GURU INTERIM TIDAK LAYAK PEMBERIAN 1KGT

Unit Gaji JANM Negeri Perak melalui suratnya ANM.PK.T(2) 1099 Jld.2 (57) bth 03 Julai 2013 menyatakan email di bawah dari Bahagian Saraan JPA yang diterima pada 29 Jun 2013 mengenai perkara di atas untuk makluman dan tindakan selanjutnya. 
salinan email :-
Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sebagaimana dimaklumi, pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 adalah melibatkan urusan pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam susulan kepada keputusan Kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, laluan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang perlu diselesaikan sebelum 31 Disember 2013, di mana urusan pemberian pemindahan gaji ini melibatkan gaji dalam struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum.

3.  Oleh yang demikian, mengambil perhatian akan Guru Interim (Guru Sandaran) di Kementerian Pendidikan Malaysia dibayar upah berdasarkan kepada elaun bulanan, maka Guru Interim adalah tidak layak diberikan pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu KGT tersebut. Untuk makluman, perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama wakil-wakil kementerian dan jabatan semasa mesyuarat membincangkan draf pekeliling perkhidmatan tersebut pada 18 April 2013 dan 17 Mei 2013 yang diturut dihadiri wakil KPM.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

                t.t
(MUHAMAD KHAIRI ABDULLAH)
Bahagian Saraan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia