Selasa, 8 Oktober 2013

HADIS PILIHAN: GANJARAN MENAHAN MARAH

DARIPADA Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka." (riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:

  • Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji. Menahan marah dan memberi kemaafan dijanjikan ganjaran besar di sisi Allah. Tetapi lebih afdal jika kemaafan itu diberikan dalam keadaan marah itu memuncak atau ketika kita kuat. Memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
  • Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.
  • Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
  • Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.


Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan