Selasa, 10 September 2013

PERINGATAN : MAKLUMAN BERKENAAN PENGEMASKINIAN JADUAL BUKAN DCS PEMBEKAL/PENERIMAAN BAYARAN

Unit Bayaran JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5(74) bth 05 September 2013 memaklumkan bahawa JANM Negeri Perak seringkali menerima panggilan daripada pembekal/penerima bayaran untuk menyemak sama ada pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun pihak yang berkenaan.

Isu ini timbul apabila butiran berikut tidak dikemaskini oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam Jadual Bukan DCS sebelum memproses baucar bayaran e-SPKB dan menyebabkan notifikasi e-Maklum tidak dapat dijana :

i)  email pembekal/penerima bayaran dan
ii) Nombor telefon bimbit pembekal atau penerima bayaran: dan/atau
iii)Nombor faks syarikal pembekal

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua PTJ adalah dipohon untuk mengemaskini Jadual Bukan DCS pembekal / penerima bayaran sebelum memproses baucar bayaran e-SPKB.

Arahan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh buletin ini. Sebarang baucar bayaran yang gagal mengemukakan maklumat di atas akan ditolak.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan