Selasa, 25 Oktober 2016

TUNTUTAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2017 MELALUI SISTEM E-BANTUAN (e-B)

Merujuk kepada surat JPN Perak (Unit Akaun Sekolah) bertarikh 5 Oktober 2016 memaklumkan bahawa SPK Bil. 8 (Bab B) Tahun 2016 berkaitan Prosedur Tuntutan Awal menyatakan bahawa semua sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan dikehendaki menyerahkan maklumat peruntukan Tuntutan Awal Persekolahan Tahun 2017 kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing mulai 1 - 25 Oktober 2016.

Tuntutan awal dalam Sistem e-Bantuan hendaklah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun semasa.

Semua Pengurus Sekolah adalah diingatkan untuk menyemak dan memastikan pengiraan Tuntutan Awal Persekolahan yang dikemukakan adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan kes-kes terlebih pulang peruntukan atau terkurang terima peruntukan.

Kerjasama tuan adalah diharapkan untuk menghantar borang-borang yang telah lengkap serta maklumat-maklumat seperti berikut :

a) Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan Rendah/Menengah (TBPR/M)
b) Salinan Retan Pelajar - JPN RP2 (1 Oktober 2016)
c) Salinan Retan Mata Pelajaran Elektif (1 Oktober 2016)
d) Salinan Retan Penghuni Asrama (1 Oktober 2016)
e) Salinan Muka Hadapan/Kelayakan Harga Kontrak Tender Makanan Asrama
f) Salinan Penyata Bank Kerajaan dan Asrama

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah diharga. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan