Isnin, 5 Ogos 2013

GURU INTERIM TIDAK LAYAK PEMBERIAN 1KGT

Unit Gaji JANM Negeri Perak melalui suratnya ANM.PK.T(2) 1099 Jld.2 (57) bth 03 Julai 2013 menyatakan email di bawah dari Bahagian Saraan JPA yang diterima pada 29 Jun 2013 mengenai perkara di atas untuk makluman dan tindakan selanjutnya. 
salinan email :-
Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sebagaimana dimaklumi, pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 adalah melibatkan urusan pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam susulan kepada keputusan Kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, laluan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang perlu diselesaikan sebelum 31 Disember 2013, di mana urusan pemberian pemindahan gaji ini melibatkan gaji dalam struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum.

3.  Oleh yang demikian, mengambil perhatian akan Guru Interim (Guru Sandaran) di Kementerian Pendidikan Malaysia dibayar upah berdasarkan kepada elaun bulanan, maka Guru Interim adalah tidak layak diberikan pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu KGT tersebut. Untuk makluman, perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama wakil-wakil kementerian dan jabatan semasa mesyuarat membincangkan draf pekeliling perkhidmatan tersebut pada 18 April 2013 dan 17 Mei 2013 yang diturut dihadiri wakil KPM.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

                t.t
(MUHAMAD KHAIRI ABDULLAH)
Bahagian Saraan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan