Rabu, 12 Jun 2013

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 KE N26 NEGERI PERAK 2013

JPN Perak melalui suratnya J.Pel.Pk(SULIT)4773 Jld.8/(16) bth 10.6.2013 memaklumkan bahawa KPM sedang melaksanakan urusan pemangkuan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26. 

Calon-calon yang layak adalah seperti berikut :

1.1.  dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010 secara hakiki.

1.2.  dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 secara Time Based (KUP) dan ditempatkan secara hakiki ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010.

Semua dokumen permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Perak dengan segera (u.p: Unit Naik Pangkat) pada atau sebelum 14 Jun 2013.

Surat siaran dan borang-borang berkaitan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/459/Pemangkuan%20PT%20N22%20ke%20N26%20Tahun%202013.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan