Rabu, 27 Mac 2013

PERJUMPAAN KPT DAERAH KUALA KANGSAR

Ucapan ribuan terima kasih kepada PPD Kuala Kangsar kerana telah memberikan kerjasama dengan membenarkan Badan Penyelaras Ketua Pembantu Tadbir mengadakan perjumpaan. Objektif perjumpaan adalah membincangkan mengenai peranan KPT dalam membentuk kecemerlangan pengurusan di sekolah.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Badan Penyelaras telah merangka beberapa program bagi memantapkan KPT seperti mengadakan kursus/ latihan/seminar dan sebaginya.

Dalam perjumpaan tersebut ada dikalangan KPT yang menyarankan supaya disemak dan diseragamkan skop kerja bagi KPT Hakiki kerana adanya Pembantu Tadbir Gred N22 (KUP) di sekolah yang sama.

Walaupun baru pertama kali dibuat perjumpaan nampaknya semua KPT mengambil peranan dan menyuarakan pelbagai cadangan bagi penambahbaikan dalam sistem pengurusan di sekolah. Apapun Jawatankuasa mengucapkan terima kasih atas kehadiran serta sokongan yang diberikan oleh rakan KPT. Semoga kita akan dapat mengadakan beberapa sesi perjumpaan lagi, Insyaalah. Selamat menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan